4 Langkah untuk Menghilangkan Bau Badan
Bagaimana mengatasi bau badan Bau badan yang tidak menyenangkan boleh diatasi dengan berkesan dengan perubahan yang betul dalam rutin harian anda: Mandi bersih-bersih menggunakan sabun antibakteria sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutamanya selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam di gimnasium dan berlari. Pastikan kulit anda benar-benar kering sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit atau mengenakan pakaian kerana persekitaran yang lembap boleh menyebabkan peningkatan bau badan. Pilih fabrik semula jadi seperti kapas dan linen berbanding kain sintetik kerana ia lebih sesuai untuk menyerap peluh dalam iklim panas dan lembap di negara kita. Akhir sekali, gunakan deodoran antipeluh yang berkuasa. Antipeluh akan mengawal peluh sementara deodoran akan menyembunyikan bau badan dengan haruman yang lembut dan menyegarkan. Apakah jenis deodoran antipeluh yang harus saya gunakan, berbuli atau semburan? Walaupun deodoran berbuli lebih disukai kerana i